“Melalui program PUJI, kerajaan komited meningkatkan kualiti hidup rakyat. Upaya @ PUJI menyediakan latihan dan peluang pekerjaan untuk ketua dan ahli isi rumah, manakala Ihsan @ PUJI membantu mengurangkan kos sara hidup. Kami juga memperkenalkan Lindung @ PUJI untuk perlindungan sosial, dan Sihat @ PUJI untuk perkhidmatan kesihatan berkualiti.
Infra @ PUJI fokus kepada infrastruktur asas demi kesejahteraan komuniti, sementara Ilmu @ PUJI menyediakan pendidikan tambahan percuma untuk pelajar B40. Inisiatif ini adalah usaha berterusan kami ke arah kehidupan yang lebih makmur untuk semua.”